KARNIVAL CUIT CUTI SEKOLAH
Posted by Unknown on 30 Nov 2013. Filed under: Red Velvet Cake, Red Velvet Cupcakes, Red Velvet CheesecakeI mencuba nasib membuka gerai jualan cakes di Tasik Titiwangsa.. Khabarnya Karnival yang akan diadakan akan mendapat sambutan ramai kerana baru gaji dan cuti sekolah.. I siap ambil cuti 2 hari sebelumnya untuk persiapan.. Al maklumlah ada anak kecik ni malam malam bukan ada masa sangat nak buat banyak cakes..
Di hari kejadian, I sampai lewat huhu.. Karnival start at 9am tapi I sampai pun dah 10am lebih.. Alhamdulillah setup barang barang dibantu oleh adik adik I.. cepat je siap.. Mungkin atas publisiti yang kurang oleh pihak organizer, Karnival tu tak mendapat sambutan.. Banyak kek I yang belum terjual walaupun hari dah petang.. Red Velvet cupcakes yang I buat I sedekahkan sebagai tester untuk pengunjung gerai.. Alhamdulillah semua yang makan puas hati.. Sedap.. Bila dah tau rasanya mereka beli slice cake. I kemas barang barang menjelang waktu Maghrib. Adik adik dah tak larat menunggu sampai karnival habis pukul 9 malam.. So kami berkemas, solat Maghrib dan balik..
Adat orang meniaga.. kadang kadang laku, kadang kadang tak.. Walaupun ada kerugian, tapi I happy dapat pengalaman dan pengajaran. Alhamdulillah..
So here are the cakes yang I sediakan together with the booth.. Ada yang I tak ambil gambar pn. Hihi..
No Responses to KARNIVAL CUIT CUTI SEKOLAH
Leave a Reply